- Akad Nikah akan dilaksanakan di Masjid Negeri Sabah (cadangan) pada 14 & 15 Jun 2012 (tertakluk pd perubahan tarikh, masa dan tempat).
- Majlis & Jamuan Perkahwinan – 17hb Jun, 2012. Ahad. 10.00 pagi – 02.00 ptg (Dewan Wisma Pertanian, KK).
- Sepasang pengantin dibenarkan menjemput 50 tetamu masing-masing. Jika ada tetamu tambahan, setiap tetamu dikenakan caj rm15.00 seorang (untuk kos tambahan jamuan. Sila maklumkan bilangannya dan jelaskan bayaran).
- Tarikh tutup penyertaan ialah 01 Jun 2012.
- Setiap pendaftaran diwajibkan deposit rm1500.00. Bakinya dibayar sebelum atau pada 01 Jun 2012.
- Pasangan yang membatalkan penyertaan, tidak akan dikembalikan deposit tersebut. Dan deposit tersebut sebahagiannya disedekahkan ke rumah Amal RAK, KK & PACK Kundasang.
- Beberapa Pelamin Pengantin akan disediakan di pentas Pengantin pada Majlis Perkahwinan dan Jamuan.
- Program Motivasi Pra Perkahwinan anjuran Limpahan Kasih Events akan diadakan ( 1 atau 2 hari).
- Jamuan disediakan untuk pasangan pengantin & tetamu jemputan dalam 2 bentuk : a). Berhidang
b). Buffet (layan diri)
- Perkhidmatan rakam video disediakan (caj tambahan ikut kadar pasaran)